JOHOR BAHRU, 16 OGOS: Tiga maut manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Genuang-Tenang, Kampung Melayu Raya Segamat, Segamat malam tadi.
KULIM, 12 OGOS: Jenazah enam sekeluarga mangsa nahas jalan raya di Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai, Perak, petang semalam selamat dikebumi di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badlishah, Serdang, di sini, lewat petang tadi.
KUALA LUMPUR, 30 APRIL: Penunggang motosikal yang melakukan penghantaran makanan dan barangan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini dinasihatkan supaya tidak terlalu mengejar masa sehingga membahayakan nyawa mereka.
KUALA LUMPUR, 19 APRIL: Kadar kemalangan jalan raya menurun hampir 70 peratus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu dan dua, yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.
SEREMBAN, 16 FEB: Seorang pemandu kereta maut manakala tiga penunggang dan seorang pembonceng motosikal cedera selepas mereka dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki secara melawan arus di kilometer 17.5 Lebuhraya Lekas, di sini pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 1 FEB: Sebanyak 215 kematian direkodkan daripada 191 kes nahas maut yang berlaku sejak Op Selamat 16/2020 dilancarkan pada 18 Januari lepas hingga semalam, sempena Tahun Baru Cina.
KUALA LUMPUR, 29 JAN: Sebanyak 290,567 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalu lintas di seluruh negara sepanjang 11 hari Op Selamat 16 sempena Tahun Baharu Cina sejak 18 Januari lepas sehingga semalam.
KUALA LUMPUR, 28 JAN: Sebanyak 150 kematian dan 138 kemalangan maut direkodkan sepanjang 10 hari Op Selamat 16/2020 diaktifkan sempena perayaan Tahun Baharu Cina, setakat ini.
KUANTAN, 26 JAN: Tiga lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka bergesel sesama sendiri dipercayai ketika berkonvoi di Kilometer 201 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Barat di sini, malam tadi.
KUALA BERANG, 26 DIS: Tiga pemandu menempuhi detik cemas apabila kereta yang dipandu mereka merempuh seekor kerbau di Kilometer 422.3 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Ajil - Kuala Terengganu, semalam.
KUALA LUMPUR, 20 DIS: Lima maut apabila kereta dinaiki mereka melanggar sebuah lori di KM427.5 Lebuhraya Plus arah selatan dari Bukit Tagar ke Bukit Beruntung dekat sini, awal pagi tadi.
KOTA KINABALU, 8 DIS: Seorang lagi mangsa kemalangan di Kaikoura, New Zealand disahkan meninggal dunia pada 6.30 petang waktu tempatan (1.30 tengah hari waktu Malaysia) hari ini.
SHAH ALAM, 17 OKT: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Turki dan Wisma Putra sedang berusaha membawa pulang segera semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Afyonkarahisar, Turki.
SONGKHLA, 15 OGOS: Pemandu Malaysia yang terbabit dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan lima orang pemotong rumput di Songkhla, Selatan Thailand didapati memandu tanpa lesen sah.
MELAKA, 10 OGOS: Polis mengenal pasti identiti enam mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (Lebuh AMJ) menghala ke Simpang Ampat, Alor Gajah, malam tadi.
SEPANG, 3 OGOS: Sebuah bas persiaran terhumban dari jambatan selepas terbabas di kilometer 0.6 Jalan Salak Tinggi-Nilai, di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Seorang remaja lelaki maut manakala dua rakannya cedera dalam kemalangan di Kilometer 430.4 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Beruntung, awal hari ini.
KUALA LUMPUR, 17 JULAI: Sejumlah 281,527 kes kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, meningkat 2.5 peratus berbanding 274,556 bagi tempoh sama tahun lalu.
KUANTAN, 21 JUN: Seramai 10 pelajar Orang Asli berdepan detik cemas apabila bas sekolah yang dinaiki terbabas ke dalam gaung di jalan utama Kampung Penderas, Kuala Krau di Temerloh dekat sini, semalam.
KUANTAN, 16 JUN: Empat orang, termasuk seorang kanak-kanak perempuan, maut dalam kemalangan membabitkan dua buah lori dan sebuah kereta di Jalan Kuari Bukit Mendi-Felda Bukit Mendi di Bera dekat sini, hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.